Wednesday, 16 October 2013

Assalamualaikum ....

Assalamualaikum , hye lama ye tgglkan blog ni .. maap la ye sy ni bukan blogger yg rajin .. huhu .. anyway xterlambat lagi kot nk ucap `SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA' semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T 

Actually dah berbulan xberblog ni .. banyak kejadian dah berlaku :) 
hmm nak dgr x ?? xyah la ... hah ! nak jugak dgr ?? btol ke?? eh mne blh dgr la .. awak semua hanya blh baca je ... blog mana ada record cm keeks tu .. huhu ...
ok2 klo nak taw .. blh2 .. tggu k entry berikut2nya ... :) ni mukadimah je ,, al-maklum la.. cari mood nak menaip ni .. hihi .... 

ok stay tune :) 

Thursday, 11 July 2013

Edit My BLOG ...

Assalamualaikum ...


Lama xmelawat blog sendiri .. bile melawat .. terasa nk mencantek kan blog ...
ok x bile di upgrade?? klo xok pun buat2 ok la ye ....
sy bukan seorang yg kreatif .. xmacam http://zahiyazainuddin.blogspot.com/ dia kreatif org ye ... 

ala .. lagipun blog ni bukan ada follower pun .. huhu.. aku mgarut sorang2 je la.. so sad :( 

ok la .. 
nanti aku update lain lak ..itu pun kalau rajin ...
bye.

Friday, 27 April 2012

Bestfriend Till Jannah....

me n nurul hafizah ^_^



Persahabatan ..

TIGA TAHAP PERSAHABATAN :

Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Persahabatan tabii
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.

Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.

Persahabatan yang tercela
Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kawan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.

Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain."Sia-sia aku berkawan dengan engkau.","celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :
"....dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67)

Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,"Seseorang itu di atas agama kawannya".

Wallahua'lam.

Sunday, 18 March 2012

Cuci mata ..

 18 March 2012

Orang2 penting Dalam Hidup aku .. Love all



MY Lovely Family .. LOVE 

My Cousin`s ...,

Kawan Sampai Mati ... LOVE Sha & Kila

Kawan UNIMAP , perlis .... 

Baru Buat ...

18 March 2012

tetiba terasa nk buat blog . so aku create la blog baru . . .

sebenarnya nak taip pe pun xtaw.. huhu..
xpe la .. maybe lepas ni taw la nak taip pe kot . . .